Thursday, 22 December 2011

Cerita tentang romantik...

Tengahari tadi abah sempat chat sekejap dengan rakan karib abah. Kata dia, "Wife aku kata aku tak romantik la Jak". Hmmm. Selalu juga abah dengar kata-kata macam itu. Ummi pun rasanya pernah cakap yang abah ni tak romantik. Abah fikir orang perempuan ni walaupun dah beranak bercucu, masih lagi mengharapkan suami romantik, seperti mana masa bercinta dulu. Haha, abah masa berkawan dengan Ummi tak romantik pun. Bergaduh selalu adalah kot. Kan Ummi? Abah tak tahu la nak cakap apa pada kawan abah, tapi abah kata, "Nanti ko balik, cakap ngan wife ko: Jangan asyik pandang bintang, renung bulan tinggi diawan. Bumi yg dipijak, rumput yg hijau ni dilupakan". kawan karib abah tadi mungkin kurang romantik la kot, tapi abah tahu, dia manusia yang baik sangat hati budinya. Cuma kadang temper je sikit (sori bang, aku termengutuk ko skit).