Sunday 20 November 2011

BEYONCE lagak diva

ISU dan gosip panas kalangan artis yang hadir menjayakan persembahan pada majlis sebelum dan selepas pelantikan Presiden Amerika, Barack Obama, awal minggu ini mendapat perhatian ramai.

Pelbagai cerita dilaporkan media, termasuk dunia hiburan memandangkan warga artis di negara 'Uncle Sam' itu penyokong kuat kepada presiden kulit hitam pertama Amerika itu.

Bahkan sejak bertanding lagi Obama menerima sokongan padu apabila artis turun padang mengadakan kempen dan melaburkan sejumlah wang bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Kejayaan diraih turut mahu dikongsi kebanyakan artis ternama dan majlis dianjurkan menjadi medan pertemuan mereka dan mengucapkan tahniah atas usaha dilakukan.

Dalam keadaan polis dan perisikan berusaha memastikan keselamatan presiden mahupun orang ramai terjaga di lokasi majlis, ada artis hadir menjayakan acara cuba bersikap ala diva.

Akhbar The New York Daily melaporkan Beyoncé Knowles seorang daripadanya apabila enggan berjalan kaki hanya semata-mata berasa tidak selesa memakai kasut tumit tinggi.

Penyanyi yang kini muncul dengan album terbaru, I AM...Sasha Fierce sudah dimaklumkan pihak berkuasa semua jalan berhampiran Teater Washington, D,C, tempat suaminya, Jay-Z sedang mengadakan latihan pada waktu itu sudah ditutup.

Pegawai polis bertugas turut memaklumkan Beyonce dan Jay-Z perlu berjalan melintasi empat blok bangunan untuk ke kenderaan mereka.

Tidak mahu lebih banyak masalah timbul, pasangan ini disarankan tunggu saja di belakang pentas teater sehingga acara bermula. Malah kemudahan untuk menukar pakaian turut disediakan.

Begitupun Beyonce berkeras mahu pulang ke hotel tetapi menegaskan tidak mahu berjalan kerana dia memakai kasut tumit tinggi. Mahu atau tidak pemandunya yang sedang menunggu perlu dibenarkan masuk ke kawasan berhampiran teater.

Sumber menyaksikan kejadian itu memberitahu Beyoncé memberikan alasan dia tidak boleh berjalan sejauh itu dalam cuaca sejuk. Pihak polis yang mendengar pula tidak mempedulikan alasan diberikan.
"Selepas berbincang akhirnya pihak perisikan membenarkan pemandu pasangan ini masuk ke kawasan sudah ditutup membawa mereka pulang ke hotel, bertukar pakaian dan kembali ke teater," kata sumber itu lagi.

No comments:

Post a Comment