Sunday 20 November 2011

biodata dan 14 fakta menarik tentang Kate Middleton

Pada Jumaat lalu, seluruh dunia telah menyaksikan majlis perkahwinan Putera William dengan Kate Middletonyang penuh bersejarah di gereja Westminster Abbey. Dalam acara yang dihadiri sekitar 300 tamu yang merupakan kerabat dan teman dekat William dan Kate ini, pasangan ini dilihat begitu santai. Selain makan malam, acara ini turut diselang-selikan dengan acara tarian yang penuh menghiburkan.
Kate Middleton kelihatan anggun mengenakan gaun putih sederhana yang dipadu dengan bolero warna senada. Gaun tersebut juga telah direka oleh Sarah Burton. Dalam acara tersebut, William sempat memberikan ucapan kepada para tetamu. Putera William dan Kate Middleton kini bergelar Duke Of Cambridge dan Dutchess Of Cambridge.Jom ikuti 14 fakta menarik tentang wanita yang telah rasmi menjadi pendamping hidup pewaris takhta Inggeris, William yang juga anak sulung kepada Prince Charles dan mendiang Lady Diana:
1. Anak tertua daripada tiga bersaudara, Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Middleton berasal dari keluarga kelas menengah. Dia lahir pada 9 Januari 1982 di Berkshire, London.
2. Ayahnya, Michael Middleton pernah menjadi juruterbang, manakala ibunya, Carole Middleton pula adalah seorang bekas pramugari. Kini, mereka memiliki bisnis perlengkapan acara atau pesta.
3. Kate bertemu William di St. Andrews University, Skotlandia pada 2001. Pasangan itu tinggal dalam satu rumah bersama beberapa teman mereka yang lain.
4. Pada April 2004, Kate buat pertama kalinya telah bercuti bersama bersama William, Harry dan Prince Charles di Switzerland.
5. Kate dan William pernah memutuskan hubungan mereka sekitar 2007. Khabarnya, hubungan mereka itu terkandas karana William sibuk mengikuti latihan ketenteraan.
6. Kate pernah mendapat jolokan ‘Waity Katie’ oleh tabloid di United Kingdom kerana rancangan perkahwinannya dengan William hampir gagal.
7. Kate menilai media Inggeris sebagai sekumpulan manusia yang gemar mengganggu kehidupan peribadinya. Dia juga tidak suka dibanding-bandingkan dengan Puteri Diana.
8. William melamar Kate sewaktu mereka bercuti di Kenya pada Oktober 2010.
9. Pihak istana mengumumkan pertunangan William dan Kate pada November 2010.
10. Kate memberitahu bahawa William adalah seorang lelaki yang amat penyayang serta romantik.
11. Kate mengenakan gaun pengantin Sarah Burton sewaktu majlis perkahwinannya dengan William berlangsung di Gereja Westminster Abbey, London pada 29 April 2011 yang lalu.
12. Dengan perkahwinan tersebut, penantian 8 tahun Kate untuk menjadi pendamping hidup kepada waris takhta Inggeris juga telah berakhir.
13. Sebaik saja berkahwin, Kate akan mengikut William untuk menetap di North Wales, di mana William akan meneruskan khidmatnya dalam jabatan Tentera Udara Diraja.
14. Setelah berkahwin dengan William, Kate menerima gelar ‘Duchess of Cambridge’.
Sumber: Murai | Donnyien

No comments:

Post a Comment